Pablo Neruda
[[Fail:Pablo_Neruda_profile.jpg|thumb|239x239px|Pablo Neruda sebagai kandidat Presiden pada tahun 1970.]] Pablo Neruda (lahir di Parral, sebuah kota sekitar 300 km di selatan Santiago, Chili, 12 Juli 1904 – meninggal 23 September 1973 pada umur 69 tahun) adalah nama samaran penulis Chili, Ricardo Eliecer Neftalí Reyes Basoalto.
Neruda yang dianggap sebagai salah satu penyair berbahasa Sepanyol terbesar pada abad ke-20, ialah seorang penulis yang produktif. Tulisannya merentang dari puisi-puisi cinta yang erotik, puisi-puisi yang surealis, epos sejarah, dan puisi-puisi politik, sehingga puisi-puisi tentang hal-hal yang biasa, seperti alam dan laut. Novelis Kolombia, Gabriel García Márquez menyebutnya "penyair terbesar abad ke-20 dalam bahasa apapun". Pada 1971, Neruda dianugerahi Anugerah Nobel dalam Sastera.
Pada masa hidupnya, Neruda terkenal kerana keyakinan-keyakinan politiknya. Sebagai seorang komunis yang vokal, ia pernah sebentar menjadi senator untuk Parti Komunis Chili di Kongres Chili sebelum terpaksa mengasingkan diri.
Nama samaran Neruda diambil dari nama penulis dan penyair Ceko, Jan Neruda; kebelakangan nama ini menjadi nama resminya.
Kehidupan
[edit]Tahun-tahun awal
[edit]Neruda dilahirkan di Parral, sebuah bandar sekitar 300 km di selatan Santiago. Ayahnya, José del Carmen Reyes Morales, seorang pegawai keretapi; ibunya, Rosa Neftalí Basoalto Opazo, seorang guru sekolah yang meninggal dua bulan selepas ia dilahirkan. Neruda dan ayahnya segera pindah ke Temuco, dan di sana ayahnya mengahwini Trinidad Candia Malverde, seorang perempuan yang sembilan tahun sebelumnya melahirkan anak untuknya, anak lelaki bernama Rodolfo. Neruda juga bertumbuh dengan ikhwan tirinya, Laura, salah seorang anak ayahnya dari perempuan lain.
Neruda muda dipanggil "Neftalí", nama almarhumah ibunya. Minatnya dalam tulis-menulis dan sastera ditentang ayahnya, namun ia mendapatkan dorongan dari orang lain, termasuk Gabriela Mistral yang kelak mendapatkan Hadiah Nobel, semasa itu ketua sekolah puteri setempat. Karyanya yang pertama diterbitkan ditulisnya untuk harian setempat, La Mañana, pada usia 13 tahun: Entusiasmo y perseverancia ("Keghairahan dan Kegigihan"). Pada 1920, ketika ia mengambil nama samaran Pablo Neruda, ia sudah banyak menerbitkan puisi, prosa, dan kewartawanan.
Veinte poemas
[edit]Pada tahun berikutnya (1921), ia pindah ke Santiago untuk belajar bahasa Prancis di Universidad de Chile dengan maksud menjadi guru, namun ia segera menghabiskan waktunya sepenuhnya untuk menulis puisi. Pada 1923 kumpulan puisinya yang pertama, Crepusculario ("Buku Senja"), diterbitkan, dan tahun berikutnya terbit Veinte poemas de amor y una canción desesperada ("Dua puluh Puisi Cinta dan Nyanyian Putus Asa"), kumpulan puisi cinta yang kontroversi kerana sifatnya yang erotik. Kedua karyanya itu mendapatkan pujian kritikal dan diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa. Selama dekad-dekad berikutnya, Veinte poemas terjual berjuta-juta kopi dan menjadi karya Neruda yang paling terkenal.
Reputasi Neruda makin berkembang di dalam mahupun di luar Chili, namun ia hidup dalam kemiskinan. Pada 1927, kerana putus asa, ia menerima jawatan sebagai konsul kehormatan di Rangoon, yang semasa itu merupakan bahagian dari kolonial Burma, tempat yang belum pernah didengarnya sebelumnya. Kemudian ia melakukan kerja serabutan di Kolombo (Sri Lanka), Batavia, dan Singapura. Di Jawa ia bertemu dan mengahwini istrinya yang pertama, seorang belanda pegawai bank yang tinggi badannya, bernama Maryka Antonieta Hagenaar Vogelzang. Sementara menjalani tugas diplomatik, Neruda banyak membaca puisi dan bereksperimen dengan pelbagai bentuk puisi. Ia menulis jilid pertama dari kumpulan puisinya yang dua jilid Residencia en la tierra, (Menetap di Negeri) yang merangkumi banyak puisi surealis, yang kebelakangan menjadi terkenal.
Kategori:Kelahiran 1904 Kategori:Kematian 1973 Kategori:Penerima Hadiah Nobel dalam Kesusasteraan